Liga Juara-Juara: PSG Ke Suku Akhir, Menang Agregat 4-2 Ke Atas Chelsea

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 11:02 AM

Ibrahimovic meraikan gol kedua PSG pada aksi di Stamford Bridge awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

PARIS Saint-Germain (PSG) mara ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Chelsea 1-2 di Stamford Bridge awal pagi Khamis.

PSG mencatat keputusan penuh secara agregat 4-2 dalam saingan 16 pasukan ini selepas turut mencatat kemenangan 2-1 di laman sendiri bulan lalu.

Adrien Rabiot membuka jaringan seawal minit ke-16 sebelum penyerang tuan rumah Diego Costa menyamakan kedudukan pada minit ke-27.

Skuad tuan rumah  yang dibimbing pengurus sementara, Guus Hiddink sukar mencipta peluang terbaik untuk mencari jaringan pada babak kedua permainan lebih-lebih lagi Costa terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Situasi itu digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain PSG dengan hantaran lintang Angel Di Maria ke arah Ibrahimovic yang sekaligus melengkapkan gol ke-50 dalam kejohanan UEFA pada minit ke-67.

Selain itu dalam satu lagi aksi yang sama, Benfica turut menempah tiket ke suku akhir selepas menundukkan Zenit St. Petersburg secara agaregat 3-1.


Tags / Kata Kunci: Chelsea , PSG , Liga Juara-Juara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan