Penyokong 'Boo' Hazard Gara-Gara Tukar Jersi Waktu Rehat - Bola Sepak | mStar

Penyokong 'Boo' Hazard Gara-Gara Tukar Jersi Waktu Rehat

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 1:10 PM

Hazard (tiga dar kiri) dilihat menukar jersi dengan Di Maria ketika waktu rehar separuh masa pertama.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Chelsea, Heden Hazard diejek oleh penyokong-penyokong sendiri pada aksi tewas 2-1 kepada Paris Saint-Germain saingan Liga Juara-Juara di Stadium Stamford Bridge awal pagi Khamis.

Suasana di stadium bising seketika pada waktu rehat separuh masa pertama gara-gara Hazard dilihat menukar jersi dengan pemain PSG, Angel Di Maria.

Insiden itu memberi gambaran kurang menarik buat penyokong-penyokong The Blues memandangkan masa permainan belum tamat, malah ia menggambarkan pemain Belgium itu agak tidak menghormati perasaan rakan sepasukannya.

Pengurus sementara, Guus Hiddink berkata, penyokong Chelsea layak mengejek kelakuan Hazard malah tindakannya menukar jersi itu turut dikritik Roy Keane.

"Mereka mempunyai hak untuk 'boo' sesiapa sahaja yang difikirkan perlu. Ia menggambarkan apa yang mereka rasa.

"Mengenai pertukaran jersi, saya tidak melihatnya secara langsung tetapi saya tahu," jelas Guss Hiddink.

Pengulas terkenal, Keane dan Lee Dixon melabelkan tindakan Hazard itu sebagai 'mengejutkan'.

"Saya bimbang untuk memberi kenyataan mengenainya. Jika berlaku ketika tamat perlawanan ia sudah dianggap teruk, inikan pula ketika aksi besar yang belum habis permainan?"

"Apa yang ada di fikiran pemain itu? Ia perlawanan yang besar. Jika kamu ingin berbuat begitu, sepatutnya selepas perlawanan ataupun di terowong yang mana tidak dapat dilihat orang lain.

"Bagi saya, ia sebahagian daripada 'koleksi' yang dibuat Hazard sebelum dia meninggalkan kelab atau pergi ke tempat lain," jelas Keane.

Tags / Kata Kunci: Eden Hazard , Tukar Jersi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan