Real Madrid Ke Suku Akhir, Ronaldo Rakam Gol Ke-90 Aksi Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 9:45 AM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid mengesahkan tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menundukkan Roma 2-0 pada saingan kedua pusingan 16 pasukan di Barnabeu awal pagi Rabu.

Dengan keputusan agregat 4-0, Real Madrid melengkapkan rekod kali keenam berturut-turut mara ke suku akhir.

Selepas terikat seri tanpa jaringan pada babak pertama, Cristiano Ronaldo berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 sekaligus menyaksikan bintang Portugal itu merakamkan gol ke-40 dalam semua aksi perlawanan musim ini.

Manakala ia merupakan jaringan ke-13 dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini dan gol ke-90 keseluruhan aksi kejuaraan ini.

“Dia bermain di bahagian tengah kali ini dan juga turut bertukar-tukar posisi dengan Bale dan Rodriquez,” jelas pengurus pasukan Real Madrid, Zinedine Zidane.

Sementara itu, James Rodriguez mengukuhkan kedudukan Real dengan meledak jaringan kedua pada minit ke-68.




Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Cristiano Ronaldo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan