FAM Kenakan Sekatan Kesukanan Ke Atas Dinesh, Kogileswaran

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 3:33 PM

R. Dinesh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk mengenakan Sekatan Kesukanan, dengan menghalang dua bekas pemain kelab Frenz United, R. Dinesh dan R. Kogileswaran daripada meneruskan aksi bersama Pahang FC.

Kedua-dua pemain itu yang merupakan bekas pemain Harimau Muda C, sebaliknyaperlu menunggu sehingga jendela perpindahan pemain musim kedua dari 20 Jun hingga 15 Julai ini, sebelum meneruskan karier bersama Pahang FC atau pasukan pilihan masing-masing.

FAM dalam kenyataannya memaklumkan Jawatankuasa Statusnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadili pertikaian antara Frenz United dan kedua-dua pemain berkenaan kerana ia melibatkan Kontrak Biasiswa.

"Oleh itu, Peraturan Status Perpindahan Pemain tidak terpakai dan platform yang dikira sesuai adalah di Mahkamah Undang-Undang," jelas FAM.

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) pada masa sama, tidak dibenarkan untuk mendaftar kedua-dua pemain berkenaan sepanjang tempoh Sekatan Kesukanan itu.

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sebelum ini, menghantar surat rasmi kepada FAM selepas PBNP dikatakan enggan melepaskan dua pemain berkenaan yang merupakan produk ahli gabungan KLFA.

KLFA mendakwa berdasarkan peraturan FAM, kedua-dua pemain itu perlu kembali ke pasukan negeri asal terlebih dahulu selepas tamat kontrak bersama Harimau Muda C. 

Masalah berkenaan bertambah rumit apabila kelab Frenz United turut membuat aduan kepada FAM kerana mendakwa dua pemain berkenaan masih mempunyai baki kontrak dengan mereka selepas mengikat kontrak lima tahun sejak 2014.

Dalam perkembangan berasingan, FAM mengarahkan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kedah menjelaskan tunggakan gaji berjumlah RM109,700 kepada lima pegawainya.

Lima pegawai berkenaan iaitu Ahmad Sobri Ismail, Hussin Jaafar, Zulkipli Mahmud, Izham Mustafa dan Abdullah Hassan membuat tuntutan gaji kepada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kedah bagi tempoh tunggakan gaji keseluruhan selama 41 bulan. 

Tags / Kata Kunci: R. Dinesh , R. Kogileswaran , FAM , Frenz United , KLFA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan