Piala AFC: Selangor Tewas Kepada Tampines Rovers

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 11:33 PM

Pemain Selangor Patrick Ronaldinho Wleh (kanan) diasak Mohammad Afiq Yunos (kiri) dari Tampines Rovers pada aksi Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor mengalami kekalahan pertama dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah tewas 0-1 kepada wakil Singapura, Tampines Rovers, malam Selasa.

Kekalahan dalam aksi kedua mereka dalam Kumpulan E di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini menyaksikan skuad Gergasi Merah kekal di tangga ketiga dengan satu mata manakala Tampines Rovers terus mendahului dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Pada aksi di Selayang, Selangor yang dibimbing Zainal Abidin Hassan lebih banyak menguasai perlawanan babak pertama dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan.

Namun nasib lebih menyebelahi pasukan pelawat yang membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi Fazrul Nawaz Shahul Hameed yang bijak menguis masuk hantaran rakan sepasukan dalam kotak penalti Selangor.

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Selangor kembali mengasak kubu skuad 'The Stags' kendalian V. Sundramoorthy namun kekebalan benteng pasukan pelawat yang diketuai kapten, Mustafic Fahrudin nyata menghampakan lebih 5,000 penyokong skuad Merah Kuning.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tiupan wisel pengadil dari Qatar, Khamis Mohamed K A Al-Kuwari.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan E, kelab Filipina Ceres La Salle FC mengalahkan wakil Bangladesh, Lt. Sheikh Jamal Dhanmondi 2-0 di Stadium Kebangsaan Bangabhandu, Bangladesh.

Selangor akan bertandang ke Bangladesh bagi menentang Lt. Sheikh Jamal Dhanmondi manakala Tampines Rovers akan menerima kunjungan Ceres La Salle FC di Stadium Jalan Besar, Singapura pada aksi ketiga 15 Mac ini.

Barisan Pemain:

SELANGOR: Norazlan Razali, Mohd Azmi Muslim, Muhammad Shahrom Abdul Kalam (kapten), Mohd Bunyamin Umar, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Andik Vermansah, Saiful Ridzuwan Selamat (Muhammad Nazmi Faiz Mansor), Abdul Hadi Yahya (R. Gopinathan), Mohd Hafiz Kamal (S. Veenod), Patrick Ronaldinho Wleh, Mauro Andres Olivi.

TAMPINES ROVERS:
Mohd Izwan Mahbud, Mustafic Fahrudin (kapten), Mohammad Afiq Yunos, Irwan Shah, Kwok Jun (Muhammad Shakir Hamzah), Muhammad Izzdin Shafiq Yacob, Fabian Kwok (Ismadi Muhamad Mukhtar), Muhammad Yasir Hanapi (Shahdan Sulaiman), Muhammad Hafiz Abu Sujad, Jordan Webb, Fazrul Nawaz Shahul Hameed.

Pengadil: Khamis Mohamed K A Al-Kuwari (Qatar) - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala AFC , Selangor , Tampines Rovers

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan