Wenger Berang Pengadil Gagal Layang Kad Merah Kepada Eric

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 4:30 PM

Eric (kanan) mengasak pemain Arsenal, Mohamed Elneny ketika pertemuan di White Hart Lane, malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger marah dengan kegagalan pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain tengah Tottenham Hotspurs, Eric Dier ketika kedua-dua musuh tradisi itu bertemu dalam aksi Liga Perdanan Inggeris, malam Sabtu.

Malah, pengurus kelahiran Perancis itu berkata pengadil turut tidak menunjukkan belas kasihan terhadap pemainnya, Francis Coquelin ketika melayangkan kad kuning kedua kepada pemain itu.

Susulan itu, Wenger menggesa Liga Perdana Inggeris untuk memaksa pengadil perlawanan menghadiri sidang media selepas perlawanan bagi menjelaskan mengenai tindakan terhadap mereka.

"Ia adalah tindakan yang benar apabila Francis dikenakan kad merah.

"Kami tidak mempunyai sebarang aduan, kerana kami sudah memberinya amaran pada babak pertama yang dia sudah mempunyai kad merah dan perlu berhati-hati.

"Namun, mengapa Eric tidak diarahkan keluar padang?

"Pengadil perlu datang ke sidang media selepas perlawanan juga. Kami disoal dan mereka yang sepatutnya disoal juga," katanya.

Pada perlawanan itu, Arsenal di depan menerusi jaringan Aaron Ramsey sebelum Coquelin mengutip kad kuning keduanya kerana kekasaran ke atas Harry Kane pada minit ke-54.

Lima minit kemudian, Toby Alderweireld menyamakan kedudukan diikuti jaringan pantas Kane yang meletakkan tuan rumah ketinggalan.

Begitupun, The Gunners berjaya menyamakan kedudukan 15 minit sebelum tamat perlawanan menerusi gol Alexis Sanchez.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino dalam pada itu turut mengakui kesalahan yang dibuat Dier dan dia sepatutnya dilayangkan kad merah.

"Mungkin ia adalah kad kuning kedua buat Eric namun saya sentiasa berfikir adalah yang terbaik untuk membiarkan pengadil membuat keputusan," katanya.





Tags / Kata Kunci: Eric Dier , Arsenal , Arsene Wenger , kad merah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan