PKNS Lakar Kejutan Langkah Ke Suku Akhir Piala FA 2016

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 7:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan berstatus kelab dari Liga Perdana,  PKNS FC melakar kejutan selepas menewaskan pasukan handalan Liga Super, Felda United FC dengan kemenangan tipis 3-2 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA  di Stadium Hang Jebat, Melaka, pada Sabtu malam.

Perlawanan malam ini menyaksikan skuad pelawat terlebih dahulu membuka  jaringan melalui penyerang sensasi mereka, Francis Forkey Doe pada minit ke-15.

Namun skuad bimbingan E. Elavarasan bangkit menguasai perlawanan selepas  rehat dengan meledak tiga gol menerusi Gabriel Miguel Guerra (min 49), Matias Nicholas (min 65) dan Mohd Nazrin Syamsul Bahri (min 69).

Selepas ketinggalan 1-3, Muhammad Hadin Azman berjaya mengurangkan defisit jaringan dengan menjaringkan gol minit ke-76.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pasukan tuan rumah berjaya melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1.

Juara Piala FA 1995 itu membuka jaringan pada minit ke-12 menerusi Prince  Tochukwu Nnake pada minit ke-12, namum pasukan pelawat berjaya menyamakan  kedudukan 10 minit kemudian menerusi Faiz Ibrahim.

Jaringan Maxsius Musa pada minit ke-46 membolehkan Sabah meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA musim ini.

Sementara di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Kuala Lumpur turut mara ke  suku akhir selepas menewaskan tuan rumah, Perlis dengan 2-0 menerusi jaringan  Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-19 dan diikuti Muhammad Hafiz Mohd Johar  pada minit ke-25.

Selepas rehat, skuad 'The Hawk' terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila  penyerangnya, Mario Karlovic dikenakan kad merah selepas sengaja menumbuk muka ketua pasukan tuan rumah, Obinna Nwaneri pada minit ke-47, bagaimanapun mereka masih mampu mempertahankan gawang daripada dibolosi.

Pemain pasukan tuan rumah, Arzimi Azmi turut menerima kad merah daripada  pengadil perlawanan, Mohd Nazmi Nasarudin, selepas membentes kaki secara kasar  Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-82.

Di Stadium Perak, Ipoh, skuad 'The Bos Gaurus' yang kali terakhir menjulang  Piala FA pada 2004, selesa ke suku akhir dengan mengalahkan Kuantan FA melalui jaringan tunggal seawal minit keempat oleh Vokhid Shodiev.

Sementara di Stadium Darul Makmur Kuantan, pasukan berstatus kelab, Sime  Darby FC turut melangkah ke peringkat suku akhir dengan jaringan tunggal yang  dihasilkan Syed Sobri Syed Mohamad seawal minit kelima.

Esok akan berlangsung undian peringkat suku akhir Piala FA.

Tags / Kata Kunci: Piala FA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan