Piala FA: Kegagalan Pahang Bukan Penamat

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 4:56 PM

Pemain Pahang Salomon Raj (kanan) diasak pemain KL Sime Darby Lee Gilhoon (dua, kiri) pada saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kegagalan Pahang FC untuk mara ke saingan Piala FA selepas tewas 0-1 kepada Sime Darby FC bukan titik noktah bagi skuad itu untuk terus memberikan cabaran sengit pada saingan Liga Super musim ini.

Pengurus pasukan Pahang Datuk Che Nasir Salleh berkata setiap perlawanan dihadapi oleh pasukan dianggap suatu proses pembelajaran buat pemain yang kebanyakannya masih muda.

"Kita masih bermain dengan baik dan mampu menguasai permainan cuma pihak lawan lebih bernasib baik apabila mendapat satu percubaan dan terus memperoleh gol.

"Kita pula memiliki beberapa peluang di hadapan gawang, namun tiada penyudah yang tajam untuk menghasilkan jaringan," katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu malam.

Mengakui Pahang kini dalam usaha menggilap potensi pemain, Che Nasir berharap penyokong tetap memberikan semangat.

"Niat kita sejak awal lagi iaitu mahu membangunkan pemain muda, jadi risiko yang perlu diambil ialah terpaksa mengalami kekalahan. Kita mengharapkan sumbangan pemain import untuk mengimbangi keupayaan pemain muda tapi malang sebaliknya berlaku.

"Namun, bagi saya pemain telah menunjukkan peningkatan di setiap perlawanan dan kita cuba memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti selain memperbanyakkan latihan serta aspek taktikal," katanya.

Katanya, beberapa penambahbaikan dalam pasukan akan sentiasa dilakukan bagi memastikan Pahang FC kekal relevan dan mampu memberi cabaran di kancah Liga Super musim ini.

"Kita akan berbincang dan dengar apa keputusan presiden, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah termasuk hal menukar jurulatih jika perlu.

Mengulas mengenai kira-kira 100 penyokong Elephant Army berkumpul selepas perlawanan, beliau menyatakan mereka berhak bersuara untuk melahirkan rasa tidak puas hati atas prestasi Pahang FC.

"Tanpa mereka, kita tak ke mana tapi kita hendak tahu punca sebenar (mereka berkumpul), apa pun saya hormati desakan itu (meningkat prestasi)," katanya.  - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Pahang , Piala FA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan