Lupakan Kekalahan, Bangkit Buru Piala Malaysia, Liga Super - Vida

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 6:32 PM

Pemain pasukan Kedah Ahmad Fakhri Saarani (tengah) diasak dua pemain pasukan Kelantan pada perlawanan Piala FA antara Kedah menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meminta pemain pasukan itu supaya melupakan kekalahan kepada Kedah pada aksi Piala FA, malam Jumaat dan bangkit memburu dua lagi piala musim ini.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, walaupun impiannya untuk melihat pasukan itu menjulang trofi Piala FA tidak kesampaian, beliau tetap berpuas hati dengan corak permainan pasukan yang menunjukkan peningkatan.

Malah, Vida menyifatkan Kelantan sebagai 'kalah bermaruah' selepas mengambil kira perubahan corak permainan setiap pemain.

"Saya terkejut melihat prestasi pemain pada perlawanan itu. Boleh dikatakan corak permainan mereka berubah 360 darjah. 

"Saya tetap berpuas hati walaupun kita kalah tapi ia kekalahan yang bermaruah. Mungkin nasib tidak menyebelahi kita kali ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jutawan kosmetik itu berharap pasukan Kelantan menjadikan kekalahan tersebut sebagai  iktibar agar tidak leka dan melakukan kesilapan dalam memburu dua lagi trofi iaitu Piala Malaysia dan Liga Super.

"Kesilapan pada babak kedua kelmarin (Jumaat) perlu dielak pada perlawanan akan datang. Akibat terleka sedikit maka lawan membolosi gawang dengan mudah.

"Jadi pemain perlu lebih berwaspada, lebih peka dan mengekalkan prestasi terbaik untuk mengekang kemaraan lawan. Itulah yang akan menentukan nasib pasukan musim ini," katanya.

Pada malam Jumaat, peluang Kelantan untuk meneruskan saingan suku akhir Piala FA tidak kesampaian apabila tewas 4-5 kepada Kedah menerusi penentuan penalti di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 meskipun saingan dilanjutkan ke masa tambahan.

Ditanya mengenai kedudukan pengendali Kelantan, K.Devan, Vida menegaskan bekas ketua jurulatih Selangor itu menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan sebelum ini.

"Nak tukar jurulatih pun tak akan selesai masalah yang ada sekarang. Saya faham Devan baharu sahaja bersama pasukan, jadi dia masih berusaha mewujudkan keserasian di kalangan pemain.

"Buktinya dalam aksi malam Jumaat, corak permainan ternyata berubah. Hanya perlu touch up beberapa kelemahan sahaja lagi terutamanya dalam memantapkan jentera serangan," katanya.

Malah, usahawan dari Machang itu turut yakin pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) mampu menyaingi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sekiranya mengekalkan prestasi konsisten pada saingan akan datang.

"Saya yakin jika kita perbaiki kelemahan yang ada sekarang dan berusaha keras, tidak mustahil kita mampu kalahkan JDT, " katanya.


Tags / Kata Kunci: Vida , Kelantan , Kedah , Piala Malaysia , Alor Setar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan