Arsenal Sedia Jumpa Tottenham - Bola Sepak | mStar

Arsenal Sedia Jumpa Tottenham

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 10:00 AM

Arsene Wenger.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal Arsene Wenger menegaskan anak buahnya sudah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

Anak buah Wenger kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Leicester City manakala Spur di tangga kedua.

Pengurus kelahiran Perancis itu berkata bahagian paling kritikal pada musim ini adalah memberitahu anak buahnya sudah tiba masanya untuk mereka mempamerkan aksi sebenar.

"Mereka (Spurs) banyak menunjukkan peningkatan.

"Sekarang masa kritikal dalam 10 perlawanan terakhir dan kita akan lihat. Jadi itu mungkin sebab sesiapa sahaja mempunyai minat yang besar dalam perlawanan ini.

"Kami mahu menamatkan saingan di atas Tottenham semula dan perlawanan ini amat penting atas sebab ini," katanya.

Arsenal tidak akan diperkuat penjaga gol Petr Cech dan pemain pertahanan Laurent Koscielny ketika kunjungan ke White Hart Lane, malam Sabtu.

Wenger yang menjangkakan sambutan luar biasa di stadium tersebut nanti menasihati anak buahnya supaya sentiasa tenang.

"Kita perlu lali dengan suasana itu. Kita profesional dan perlu menunjukkan reaksi positif kepada penyokong. Itu adalah kerja kita," katanya.


Tags / Kata Kunci: Arsenal , Arsene Wenger

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan