"Terima Kasih TMJ, Cantiklah Kipas Pink Tu" - Vida

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 8:00 AM

Salah satu adegan TMJ dalam video tersebut.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Terima kasih TMJ kerana ingat kat saya, cantiklah kipas pink tu. Itulah kuasa pink Qu Puteh."

Demikian kata-kata penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang membeli cenderamata semasa berada di Sepanyol untuk usahawan wanita itu.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, beliau berhasrat memberikan 'cenderamata' kepada pemilik pesaing Kelantan sebagai membalas pemberiannya itu.

"Apa nak beri ya, Pamoga ke? Tunggu pula 'hadiah' daripada saya nanti," katanya.

Jutawan kosmetik itu akan berangkat ke Madrid pada 14 Mac ini untuk meninjau Stadium Santiago Bernabeu, milik pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Selepas itu beliau akan berkunjung ke United Kingdom untuk melihat dengan lebih dekat reka bentuk dalaman Stadium Old Trafford milik pasukan idolanya, Manchester United.

Lawatan ke kedua-dua lokasi itu bertujuan untuk mendapatkan idea berkaitan reka bentuk dalaman stadium berkenaan untuk diaplikasikan pada Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan.


Sebelum ini, video TMJ memberikan cendermata kepada beberapa pesaing pasukan JDT semasa berada di Sepanyol menjadi viral.

Video yang dimuatnaik dalam laman Facebook Brotherhood JOHOR itu, TMJ menunjukkan sebuah kipas merah jambu untuk dihadiahkan kepada pasukan Kelantan yang mendapat tajaan sebanyak RM16 juta daripada Vida.

"Saya tak tahu nak beli benda apa untuk pasukan Kelantan. Buat masa ini saya dapat jumpa ini (kipas merah jambu) sahaja. Saya rasa anda pun tahu untuk siapa ini,” katanya.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut membeli tiga cenderamata iaitu replika seekor seladang untuk pasukan Perak, seekor gajah untuk pasukan Pahang dan seekor Kucing untuk pasukan Sarawak.

"Saya ada kucing untuk penyokong Sarawak. Saya tak dapat jumpa buaya, jadi saya dapat jumpa kucing untuk melambangkan Kuching di Sarawak," katanya.

Sementara itu, TMJ turut tidak ketinggalan membeli dua keping poskad kepada peminat bola sepak pasukan JDT dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya akan hantar cenderamata dan poskad ini sebaik pulang ke Malaysia," katanya.


Tags / Kata Kunci: TMJ , Datuk Vida , Kelantan , JDT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan