Kedah Mahu Pemain Cergas Untuk Aksi Tiki-Taka

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

KESEBELASAN utama Kedah yang akan melayan kunjungan Kelantan dalam saingan Piala FA akan ditentukan beberapa jam sebelum perlawanan itu bermula di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

Ketua Jurulatih skuad Helang Merah, Tan Cheng Hoe berkata, penentuan kesebelasan utama itu akan dibuat pada petang Jumaat bagi memilih pemain yang berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.

Jelasnya, hal ini kerana ia melibatkan tiga tonggak utama yang diketepikan kerana kecederaan iaitu Khairul Helmi Johari, Syazwan Tajudin dan Sandro Da Silva.

"Saya tahu dalam masa dua hari setelah bertemu Kelantan dalam Liga Super kini kita akan sekali lagi menentang lawan sama. Ini akan meletihkan pemain dan oleh itu saya perlu melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama.

"Saya perlu ambil kira adakah kecederaan yang dialami oleh Khairul Helmi, Syazwan dan Sandro sudah pulih. Kita perlukan kesebelasan utama yang cergas untuk aksi kali ini.

"Oleh sebab itu, kesebelasan utama yang akan menentang Kelantan akan hanya ditentukan beberapa jam sebelum perlawanan itu bermula nanti," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe memberitahu, beliau berpuas hati terhadap aksi barisan pemain simpanan yang diturunkan sebelum ini selepas mereka dapat memberikan aksi terbaik dalam membantu meraih kemenangan.

"Kekuatan pasukan Kedah musim ini bukan sahaja terletak pada kesebelasan utama tetapi keupayaan barisan pemain simpanannya dalam menandingi kewibawaan tonggak utama. Mereka hanya menunggu masa diberi peluang berada dalam kesebelasan utama.

"Sama ada yang muda atau yang berpengalaman, mereka sentiasa bersaing dalam sesi latihan untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

"Sekali lagi sokongan dan sorakan ribuan peminat setia pasukan Hijau Kuning diperlukan untuk menjadi pemain ke-12 dan pembakar semangat  barisan pemain," ujarnya.

Menurutnya, Kelantan yang merupakan juara Piala FA musim lalu sudah pasti mahu mempertahankan kejuaraan musim lalu dan ia akan menguji kemampuan Kedah untuk ke peringkat seterusnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala FA , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan