Barca Pesta Gol, Messi Cipta Hatrik

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 7:27 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Barcelona Lionel Messi mencipta hattrick, sekali gus membawa kemenangan 5-1 pasukan itu ketika menentang Rayo Vallecano  di Campo de Futebol de Vallecas, awal pagi Jumaat.

Perlawanan tersebut menyaksikan dua kad merah dilayangkan oleh pengadil Inaki Vicandi Garrido kepada dua pemain Vallecano, Diego Llorente dan Manuel Iturra.

Dengan keputusan ini, Barcelona semakin memperkukuh kedudukan di puncak carta saingan La Liga dengan mengumpul 69 mata, berbeza lapan mata dengan saingan terdekat, Atletico Madrid.


Barcelona memperoleh gol pembukaan apabila Ivan Rakitic menyambar bola yang terlepas daripada tangan penjaga gol Juan Carlos pada minit ke-22.

Selang seminit, pasukan di bawah bimbingan Luis Enrique itu menambah gol melalui Lionel Messi yang memanfaatkan umpan daripada Neymar.

Vallecano mendapat kad merah pertama mereka setelah Llorente mengasari Rakitic.

Memasuki babak kedua, Barcelona Messi sekali lagi menyumbat gol untuk pasukannya, dengan bantuan Luis Suarez. Kedudukan menjadi 3-0.

Tuan rumah tidak berputus asa dan berjaya mengubah kedudukan kepada 1-3 menerusi pemainnya Manucho.

Namun Vallecano harus berdepan tekanan sekali lagi apabila pada minit ke-67 Iturra mengasari Sergio Busquets dan dia dilayangkan kad merah serta penati bagi Barcelona.

Namun Suarez gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Bagaimanapun, Barcelona masih mampu mengubah kedudukan menjadi 4-1 setelah Messi menyumbat masuk gol buat kali ketiga dalam perlawanan itu.

Keputusan 5-1 diperolehi diperolehi melalui Arda Turan.

Tags / Kata Kunci: La Liga , Lionel Messi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan