APO2016: Ayuh! Calonkan Pasukan Bola Sepak Pilihan Anda

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG pasukan bola sepak yang beraksi dalam Liga Malaysia disaran mencalonkan skuad masing-masing bagi merebut Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

APO2016 dianjurkan bersama oleh portal berita mStar Online dan saluran radio, Suria FM bagi memberi peluang kepada orang ramai memilih penerima anugerah yang layak secara telus.

Anugerah online yang pertama kali dianjurkan itu ditaja oleh produk kosmetik terkenal, Dnars.

APO bertujuan mengiktiraf personaliti–personaliti tanah air merangkumi bidang hiburan, sukan, fesyen dan mereka yang terlibat dalam perniagaan.

Tidak dilupakan mereka yang menonjol dalam profesion masing-masing. Ia juga bertujuan untuk mengetengahkan mereka yang aktif menggunakan kelebihan alam siber dan media sosial.

Berikutan itu, penyokong pasukan bola sepak disaran mencalonkan skuad masing-masing untuk memastikan pasukan kesayangan mereka dianugerahkan sebagai Pasukan Sukan Pilihan Online serta Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online.

APO2016 menyenaraikan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.

Setiap pencalonan perlu dibuat di laman web tersebut http://apo.mstar.com.my/utama.aspx atau https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline

Tags / Kata Kunci: APO2016 , mStar Online , Suria FM

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan