Kelantan Perlu Bangkit - Devan

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 9:12 PM

K.Devan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: "Lupakan kekalahan lalu dan pastikan kemenangan ke atas Kedah malam Jumaat," kata jurulatih Kelantan, K Devan."

Bagi Devan, skuad itu perlu segera bangkit daripada kekecewaan kalah kepada Kedah 1-2 dalam aksi Liga Super Selasa lepas, sebaliknya memastikan tidak lagi pulang dengan kehampaan dalam pertemuan Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Jumaat.

"Pertemuan malam esok (Jumaat) adalah berbeza kerana ia aksi kalah mati dan kami perlu turun dengan strategi baharu bagi memastikan kami boleh mara ke peringkat seterusnya.

"Saya telah mengkaji corak permainan Kedah dan kemungkinan besar saya akan menurunkan kesemua pemain import malam Jumaat, " katanya.

Devan berkata antara punca kekalahan Kelantan kepada Kedah Selasa lepas adalah kerana anak buahnya terlalu selesa bertahan selepas mendahului pada babak pertama.

"Kami tidak lagi boleh turun dengan corak permainan sama dan pemain perlu agresif mengasak benteng lawan jika mahu kekal dalam saingan Piala FA musim ini.

"Saya sudah beri peringatan supaya pemain lupakan kekalahan Selasa lalu. Saya tidak mahu kekalahan itu terbawa-bawa dalam perlawanan malam esok (Jumaat). Mereka harus mencipta kejutan di gelanggang lawan," katanya.

Beliau berkata jentera pertahanan Kelantan perlu memberi tumpuan terhadap dua penyerang import Kedah, Liridon Krasniqi dan Carlos Kahe bagi menutup peluang tuan rumah menghasilkan gol.

"Sebelum ini pemain dapat mengawal Carlos, tetapi kami gagal menutup ruang menyekat Liridon, sekali gus memberinya ruang mencipta peluang kepada Kedah mengutip tiga mata.

"Saya mahu semua pemain mengambil peluang menebus kekalahan dua hari lalu. Saya cabar mereka membuktikan Kelantan masih berkualiti," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Kelantan , K.Devan , Kedah , Piala FA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan