"Saya diperhatikan Penyokong" - Kahe

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

PENJARING gol penyamaan Kedah ketika bertemu Kelantan Selasa lalu Carlos Kahe berdoa agar dia mampu menjaringkan gol ketika Kedah bertemu lawan yang sama pada perlawanan Piala FA di Stadium Darulaman Jumaat ini.

Kahe yang berjaya menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan mendahului sebagai penjaring terbanyak bagi Pasukan Helang Merah setakat ini dan bertekad mahu meneruskan kecemerlangan tersebut ketika menentang Pamoga Qu PutehThe Red Warriors di Alor Setar.

"Saya bersyukur kerana sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk pasukan Kedah. Saya sedar sedang diperhati ribuan peminat setia pasukan Hijau Kuning bagi merobek gawang lawan setiap kali kami beraksi.

"Saya mengalami pengalaman yang sama ketika beraksi di Liga Turki dan Jerman dan keadaan ini bukanlah sesuatu baru. Saya berjanji akan berkerja keras bagi memenuhi harapan majikan saya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan juga ribuan peminat Kedah.

"Saya anggap lima gol pada lima perlawanan lalu adalah satu permulaan baik dan ini tanda saya mampu meneruskan kecemerlangan ini dengan kerja sama dan kesungguhan daripada kesemua pemain yang beraksi," kata Kahe.

Katanya, pada perlawanan lalu dia terasa janggal akibat ketiadaan rakan senegaranya Sandro Da Silva yang lebih memahami corak permainnya, dengan hantaran-hantaran yang mampu membuka bagi menjaringkan gol.

"Inilah nasib saya beraksi sebagai penyerang utama, semua orang mengharapkan saya yang menjaringkan gol tetapi bagi menjaringkan gol, nasib juga memainkan peranan penting selain daripada usaha berterusan.

"Saya memang kagum dengan semangat dan kemahuan tinggi daripada rakan sepasukan lain yang mahu memenangi setiap perlawanan. Inilah membuatkan saya menggandakan usaha untuk membantu Kedah memenangi setiap perlawanan.

"Bertemu lawan yang sama dalam masa dua hari adalah sesuatu yang jarang berlaku tetapi pertemuan kali ini adalah lebih sukar kerana lawan kita sudah mengentahui corak permainan Kedah. Oleh itu kami perlu menguasai permainan dari awal dan menepati sasaran secepat mungkin untuk memiliki kelebihan meraih kemenangan," kata Kahe.

Min 68,Gol penyamaan dari Kahe

Posted by The Red Eagle - Helang Merah on Tuesday, March 1, 2016

Katanya, beraksi di Stadium Darul Aman adalah pengalaman manis baginya kerana peminat setia pasukan Kedah adalah luar biasa kerana mereka terus menyorak sama ada kami mendahului ataupun ketinggalan.

"Inilah kelebihan kami seperti yang berlaku pada perlawanan Liga Super lalu. Penyokong seperti bermain bersama kami," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Carlos Eduardo Kahe , Kedah , Kelantan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan