Pengadil Mengecewakan, Perlu Dikaji Semula - Jurulatih Perak

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 4:31 PM

Pemain Perak, Mohamad Hisyamudin (jersi kuning) mengawal bola selepas diasak pemain Pulau Pinang dalam perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya, Selasa. Pulau Pinang dan Perak seri 1-1 dalam separuh masa.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kecewa dengan mutu pengadilan, ketua jurulatih Perak, Syamsul Mohd Saad meminta pengendali Liga Malaysia mengkaji semula prestasi pengadil agar tidak mengganggu kelancaran permainan.

Baginya hanya pengadil yang benar-benar layak dibenarkan mengendalikan perlawanan dan jika perlu, Syamsul mencadangkan pengadil import diambil.

"Saya minta maaf dan mohon kepada pihak bertanggungjawab untuk liga kita...kena mula fikir, setiap pasukan belanja puluhan juta untuk bentuk satu pasukan.   

"Tapi 'dirosakkan' seseorang di tengah padang (pengadil), kualiti orang tengah padang cukup mengecewakan, tolong kaji balik apa yang Perak alami kerana malam ini sekali lagi kita ditolak peluang untuk penalti," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Pulau Pinang.

Syamsul jelas kecewa apabila pasukannya hanya mampu membawa pulang satu mata setelah terikat 1-1 dengan pasukan Harimau Kumbang, di Stadium Bandaraya di sini Selasa malam.

Selain itu katanya, pengadil, Ku Alauddin Ku Muhammad juga gagal menggunakan 'peraturan kelebihan' kepada pasukannya untuk meneruskan permainan walaupun berada dalam posisi menyerang setelah lawan melakukan kekasaran.

Dalam perlawanan malam tadi, gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan pemain import, Osas Marvellous Ikpefua pada minit ke-20 sebelum Perak menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat menerusi gol Shahrul Mohd Saad.    

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen Ferreira Tiago berkata walaupun kecewa kerana tidak dapat mengutip tiga mata di halaman sendiri, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.   

"Sebagai jurulatih saya tidak ada masa untuk fokus kepada pengadil kerana saya sudah cukup sibuk dengan 11 pemain saya dan 11 pemain lawan...lagipun tidak adil untuk saya beri komen terhadap pengadil," katanya.   

Tiago turut berkata beliau masih perlu mempertajamkan barisan serangannya serta memantapkan penjaga gol untuk perlawanan seterusnya.

"Kita perlu selalu berusaha memperbaiki pasukan dan bermain lebih baik, harus kerja keras, moga perlawanan akan datang tiada kesilapan yang sama,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Perak , Pulau Pinang , Liga Super

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan