AC Milan Tempah Tiket Akhir Coppa Italia

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 7:30 AM

Pemain AC Milan, Jeremy Menez (kiri) meraikan gol yang disumbat masuk bersama rakan sepasukan Juraj Kucka dalam perlawanan separuh akhir kedua Coppa Italia antara AC Milan dan Alessandria di Stadium San Siro, Milan, awal pagi Rabu. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

AC Milan meraih tiket ke final piala Coppa Italia 2015-2016 setelah menewaskan Alessandria 5-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di San Siro, awal pagi Rabu.

Kemenangan ini membawa AC Milan sekali lagi layak ke perlawanan akhir dalam tempoh 13 tahun.


Lima gol Rossoneri disumbangkan oleh Jeremy Menez pada minit ke-20 dan 39, Alessio Romagnoli (24' dan 80') dan Mario Balotelli (89').

Kemenangan ke atas wakil Serie B itu sekali gus membuatkan Milan mara dengan agregat 6-0 setelah menang 1-0 pada perlawanan pertama di kandang lawan.

Gol pertama Menez ke gawang Alessandria terhasil daripada kerjasama dengan Keisuke Honda. Umpan lambung cantik Honda dari tengah padang berjaya diterima dan disudahkan dengan sempurna oleh Menez dengan kaki kanannya.

Kemudian, Romagnoli menambah mata untuk Milan dengan sepakan jarak dekat apabila barisan pertahanan Alessandria terbuka.

Sebelum tamat babak pertama, Menez sempat menyumbat gol keduanya menjadikan kedudukan 3-0.


Memasuki babak kedua, pasukan Rossoneri menambah keunggulan menerusi gol kedua Romagnoli dan satu gol sumbangan Mario Balotelli beberapa minit sebelum tamat perlawanan.

Dengan keputusan ini, Milan layak ke final sejak kali terakhir layak pada 2002-2003. Ketika itu, pasukan ini berada di bawah bimbingan Carlo Ancelotti dan mengalahkan AS Roma (4-1, 2-2).

Pada perlawanan akhir, Milan menunggu pemenang semi-final kedua antara Inter Milan dan Juventus.

Juventus menang 3-0 pada pertemuan pertama di Stadium Juventus.
Tags / Kata Kunci: Coppa Italia , AC Milan , Alessandria

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan