Senarai Pemain Harimau Malaysia Vs Arab Saudi Diumum 13 Mac Ini

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 3:20 PM

Ong Kim Swee.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee akan mengumumkan senarai 23 pemain yang bakal menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang pertemuan menentang Arab Saudi pada aksi Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada 13 Mac ini.

Ia adalah ujian getir pertama Kim Swee selepas dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan pada 18 Januari lalu.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kesemua pemain yang terpilih akan berkumpul di Wisma FAM, Kelana Jaya pada pagi 20 Mac ini sebelum berlepas ke Jeddah di sebelah petang untuk aksi bertemu Arab Saudi pada 24 Mac ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Palestin, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Timor Leste bagi kedua-dua kejohanan berprestij itu.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Malaysia kini menduduki tangga keempat Kumpulan A dengan mengutip empat mata, ketinggalan 12 mata di bekalang Arab Saudi yang menghuni kedudukan teratas.

Pada 17 November lalu Malaysia tewas 1-2 kepada UAE dalam saingan Kumpulan A, di Stadium Shah Alam.

Sekembalinya dari Jeddah, skuad Harimau Malaysia dijadual bertemu Macau pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 Mac ini.

Menurut Kim Swee, aksi persahabatan itu bagi mengisi slot hari terakhir kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada tarikh berkenaan.

Malaysia tidak beraksi pada hari terakhir kempen kelayakan itu selepas menutup saingan Kumpulan A menentang Arab Saudi di Stadium King Abdullah, Jeddah pada 24 Mac.

“Kita sudah cuba menghubungi beberapa pasukan tetapi kebanyakan mereka terlibat beraksi pada hari perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu.

“Akhirnya kita dapat juga pasukan yang tidak terlibat iaitu Macau yang mana mereka terlebih dahulu memaklumkan bersetuju untuk beraksi menentang kita berbanding Nepal yang masih belum dapat kita buat ketetapan rasmi," kata Kim Swee.

Berdasarkan ranking FIFA pada kemas kini terakhirnya 4 Februari lalu, Malaysia kini di kedudukan ke-171 dunia manakala Macau di kedudukan ke-195.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Ong Kim Swee

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan