Aura Mandi Bunga Kelantan Tak Mujarab

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 11:30 PM

Pemain Kelantan, Jonatan Lucca (tengah) diasak pemain Kedah, Mohd Rizal pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aura mandi bunga Kelantan tidak menampakkan hasil positif selepas anak buah K. Devan tewas 1-2 kepada Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam Selasa.

Kekalahan itu ternyata mengecewakan penaja utamanya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang mengharapkan pemain skuad Kijang itu menamatkan kemarau kemenangan.

Pada aksi babak pertama, tuah tampak mengiringi pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) apabila mendahului pada minit ke-30 menerusi jaringan penyerang, Indra Putra Mahayuddin.

Bersambung ke perlawanan babak kedua, pasukan tuan rumah bangkit menerusi penyudah berbisa penyerang import, Carlos Kahe sekali gus meletakkan kedudukan terikat 1-1.

Namun, pemain sayap Kedah,  Shafiq Ahmad muncul wira selepas melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-82.

Kelantan berusaha untuk membolosi benteng pertahanan pasukan tuan rumah tetapi terus gagal menemui penyudah berbisa sehingga tamat perlawanan.

Pada petang Selasa, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida melakukan 'gimik' mandi bunga kepada semua pemain termasuk Devan dengan merenjis cecair produk Qu Titis Seri Qu Mandi Bunga untuk membangkitkan aura positif dan keyakinan diri yang tinggi.

Ia dilakukan selepas Kelantan masih gagal mempamerkan persembahan terbaik seperti yang dikehendaki jutawan kosmetik itu.

Kekalahan itu turut memberi bayangan awal bahawa kedudukan Devan sedikit goyah selepas diberi peluang untuk memulihkan prestasi pemain tetapi masih gagal berbuat demikian.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan