Akhirnya Kelantan Kena Mandi Bunga

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kecewa kerana Kelantan masih gagal mengutip tiga mata penuh, penaja utamanya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membawa semua pemain dan ketua jurulatih, K. Devan untuk 'mandi bunga' sebelum dua kali bertemu Kedah pada aksi Liga Super dan Piala FA, minggu ini.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, inisiatif itu diambil bagi membangkit aura positif di kalangan pemain dan K. Devan untuk menamatkan kemarau kemenangan.

"Saya akan belanja mereka semua mandi mandi. Saya tengok semua pemain macam tak bersemangat, ada peluang untuk jaringkan gol tetapi benteng pertahanan pula buat kesilapan.

"Tempoh hari Traore yang ada masalah, tapi kali ini barisan pertahanan pula. Saya fikir dengan cara ini akan membantu memberikan aura positif yang dapat memulihkan semangat skuad Kijang dan juga Devan," kata Vida kepada mStar Online.

Vida yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata, rawatan tersebut akan dilakukan di Kedah sebelum aksi sepak mula dengan skuad Helang Merah pada Selasa, manakala persaingan kedua pada Jumaat.

"Selok-eloknya ia dilakukan sebelum aksi sepak mula dengan pasukan tuan rumah. Kebetulan saya ada produk untuk rawatan tersebut dan pemain akan gunakannya nanti.

Traore masih gagal mencapai pretasi terbaik ketika bertemu Sarawak pada Jumaat lalu.

"Saya mahu aura juara bersama mereka dalam dua perlawanan penting itu. Diharap selepas ini, pemain dan jurulatih akan rasa lebih segar dan cergas serta bersemangat untuk menang," katanya.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan Vida pernah menyarankan agar penyerang import Kelantan, Dramane Traore berbuat demikian bagi membuang badi penyudah yang tumpul.

Saranan itu dibuat selepas kecewa dengan prestasi hambar Traore yang pernah diangkat sebagai penjaring terbanyak musim lalu kerana masih tercari-cari rentak bersama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Pada masa sama, jutawan kosmetik itu mahu Devan mencari jalan penyelesaian segera kepada masalah yang membelenggu pasukan tersebut sebelum keadaan menjadi lebih parah.

"Pada perlawanan dengan UKM FC tempoh hari, nampaknya masalah di bahagian serangan selain Traore gagal menemui penyudah berbisa.

"Ketika bertemu Sarawak malam Jumaat lalu, timbul pula masalah di bahagian pertahanan. Saya harap Devan kenal pasti masalah tersebut dan tanganinya dengan segera," katanya.

Vida berkata, beliau menaruh harapan tinggi kepada pasukan Kelantan untuk merekodkan kemenangan di negeri Jelapang Padi itu setimpal dengan suntikan dana besar yang dilaburkan terhadap pasukan tersebut.

"Tolonglah bangkit, jadikanlah PQPTRW sebuah pasukan hebat dan digeruni lawan. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi pasukan, jadi pemain perlu buktikan sesuatu, jangan kecewakan saya lagi," katanya.

Terbaharu, Vida melaburkan kira-kira RM3.8 juta untuk slot siaran langsung pasukan Kelantan pada aksi Liga Super dan Piala FA di stesen televisyen TV3 dan TV9 pada musim ini.

Langkah itu diambil kerana prihatin dengan keluhan penyokong pasukan tersebut yang tidak dapat menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan.

Malah, Vida turut melaburkan RM16 juta untuk perjanjian penajaan terhadap pasukan itu selama dua musim.


Tags / Kata Kunci: Kelantan , Datuk Vida

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan