Kelantan Pertaruh Farisham, Norhafiz Kendali Posisi Pertahanan Bertemu Kedah

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 11:06 PM

K. Devan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kelantan akan mempertaruhkan Mohd Farisham Ismail dan Norhafiz Zamani Misbah pada posisi pertahanan ketika bertemu Kedah di Stadium Darul Aman dalam saingan Liga Super, Selasa malam.

Pengendali Kelantan, K. Devan berkata, rombakan itu dibuat selepas pemain import mereka Jonathan McKain digantung satu perlawanan selepas menerima dua kad kuning ketika bertemu Sarawak, Jumaat lepas.

"Keadaan Daudsu Jamaluddin juga belum dapat ditentukan selepas tercedera dalam perlawanan baru-baru ini walaupun dia telah mula menjalani latihan hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Devan turut mengakui pasukannya bakal berdepan cabaran sukar bertemu pasukan Helang Merah kerana mereka mempunyai kelebihan bermain di halaman sendiri.

"Saya yakin mereka akan mempamerkan aksi terbaik di hadapan penyokong mereka dan semangat juang pasukan itu akan memberi kesan kepada Kelantan.

"Bagaimanapun, saya telah mengingatkan anak buah saya supaya berjuang bermati-matian dalam perlawanan malam esok agar kami dapat mengumpul tiga mata penuh," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada pasukannya supaya tidak melakukan kesilapan sama dalam beberapa perlawanan sebelum ini yang menyebabkan gawang Kelantan dibolosi.

Kelantan kini berada di tangga keempat dengan lima mata selepas menang satu perlawanan dan seri dua perlawanan dalam kempen Liga Super musim ini. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan