Infantino Rasmi Pembukaan Muzium FIFA

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 8:19 AM

Keadaan di dalam muzium FIFA.

(Ubah saiz teks)

GIANNI Infantino merasmikan pembukaan muzium baharu FIFA di Zurichselepas dilantik secara rasmi sebagai presiden badan pentadbir bola sepak dunia itu pada Ahad.

"Ini adalah muzium yang indah mencerminkan kesejagatan bola sepak. Ini adalah idea terindah daripada Sepp Blatter," kata Infantino.

Muzium bernilai 128 juta euro (RM591 juta) iitu terletak di Zurich dan mensasarkan kunjungan seramai 250,000 setiap tahun.

Menurut Infantino, pelaksanaan pembaharuan besar-besaran yang diluluskan pada Jumaat menjadi keutamaannya pada masa ini.

Lelaki berusia 45 tahun itu yang sebelum ini merupakan Setiausaha Agung Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dipilih sebagai presiden baharu FIFA pada Jumaat.

Beliau mengatasi Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa untuk menjadi presiden kesembila FIFA.

Infantino menerajui sebuah organisasi yang berdepan krisis penyelewengan dengan menyaksikan bekas presiden FIFA, Sepp Blatter digantung enam tahun oleh jawatankuasa etika badan pentadbir bola sepak dunia itu.

Gianni Infantino.


Tidak tertekan untuk membersihkan semula nama badan pentadbir bola sepak dunia itu, FIFA meluluskan pembaharuan menyeluruh di dalam kongres yang diadakan pada Jumaat lalu.

Ini termasuk menggantikan Jawatankuasa Eksekutif dengan sebuah Majlis FIFA yang terdiri daripada 36 anggota dan mengehadkan presiden dan beberapa pegawai kanan lain kepada tiga penggal.

Malah, sebuah sekretariat umum profesional yang baharu, menyerupai lembaga eksekutif syarikat akan mengendalikan isu berkaitan pernigaan FIFA.

Seramai 36 anggota Majlis FIFA itu akan dilantik ahli persatuan kebangsaan dan termasuk sekurang-kurangnya enam wanita untuk memberi tumpuan kepada perkara dasar dan strategi.

"Pembaharuan perlu dilaksanakan sekarang, ia perlu dilakukan pada hari pertama. Saya akan pergi ke pejabat dan melihat cara untuk mengukuhkan pembaharuan ini. Jadi tidak lama lagi kita boleh memberi tumpuan kepada bola sepak," kata Infantino.
Tags / Kata Kunci: muzium FIFA , Gianni Infantino

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan