Hasrat Tengku Abdullah Letak Jawatan Presiden FAM Ditolak

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 8:56 PM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk meletak jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditolak oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu, Isnin.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, keputusan yang dicapai pada mesyuarat Exco FAM kali ketujuh bagi penggal 2014-2018 itu akan dimaklumkan kepada Tengku Abdullah dalam masa terdekat.

"Keputusan sebulat suara untuk menolak surat peletakan jawatan November tahun lepas itu dibuat kerana percaya khidmat Tengku Abdullah masih diperlukan FAM," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, Isnin.

Pada September lepas, Tengku Abdullah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan kerana kecewa dengan prestasi skuad Harimau Malaysia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Dalam perkembangan lain, Afandi berkata, FAM telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk menjadi tuan rumah Piala Suzuki AFF tahun ini.

"Difahamkan Vietnam dan Singapura turut menyatakan minat mereka," katanya. 

"Vietnam dan Singapura pernah menjadi tuan rumah edisi sebelum ini, jadi saya berharap Malaysia akan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh AFF.

"Bagaimanapun, venue belum dimuktamadkan lagi tetapi kita melihat penganjurannya  di Kuala Lumpur," katanya.

Mengikut perancangan, Myanmar dan Filipina adalah dua tuan rumah asal untuk Piala Suzuki AFF 2016, yang dijadualkan akan diadakan pada November dan Disember ini.

Namun, minggu lepas, Persekutuan Bola sepak Filipina (PFF) telah menarik diri sebagai salah satu tuan rumah selepas gagal memenuhi kriteria stadium yang ditetapkan oleh AFF. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan