'Tangan Ajaib' Caballero Bantu City Rangkul Piala Liga

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 7:19 AM

City muncul juara Piala Liga.

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol, Willy Caballero muncul wira Manchester City ketika menundukkan Liverpool 3-1 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 pada aksi final Piala Liga di Wembley, awal pagi Isnin.

Caballero, 34, berjaya menyelamatkan tiga sepakan penalti yang dilakukan pemain Liverpool, Lucas, Philippe Coutinho dan Adam Lallana.

Fernandinho menjaringkan gol pertama City apabila merembat kencang dari kiri gawang gol hasil hantaran Sergio Aguero pada minit ke-48.

Ketika City sudah tampak selesa di depan, berbaki lapan minit sebelum tamat Coutinho menjaringkan gol penyamaan seterusnya membawa perlawanan ke masa tambahan.

Caballero berjaya menyelamatkan tiga sepakan penalti pemain Liverpool.

Aguero hampir memastikan kemenangan City tetapi sepakannya ditepis Simon Mignolet pada penghujung 15 minit masa tambahan.

Divock Origi turut mampu menamatkan terus saingan tetapi kecekapan Willy Caballero di gawang City menafikan cubaan menerusi tandukan penyerang itu pada 10 minit terakhir permainan.

Dalam penentuan penalti itu, Emre Can meledak penalti pertama untuk Liverpool, meletakkan kedudukan 1-0.

Fernandinho gagal menyempurnakan sepakan penalti pertama City kerana percubaannya terkena palang.

Namun City bangkit menerusi sepakan Jesus Navas dan Sergio Aguero yang gagal ditampan penjaga gol Liverpool, Simon Mingnolet.

Yaya Toure akhirnya melengkapkan gol penalti kemenangan Liverpool.


Tags / Kata Kunci: Manchester City , Liverpool , Piala Liga

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan