Van Gaal Perjudi Kecergasan Rojo

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal dilapor akan memperjudikan kecergasan Marcos Rojo bagi memperkuatkan barisan pertahanan Manchester United yang akan menentang Arsenal pada Ahad.

Rojo antara pemain  pertahanan yang kembali cergas dengan cepat selepas mengalami kecederaan yang memerlukan rehat panjang.

Ketiadaan pemain pertahanan berpengalaman memaksa Van Gaal menggunakan pemain muda seperti Guillermo Varela dan Joe Riley ketika menentang Midtjylland pada Selasa lalu.

Dalam perlawanan itu, Rojo diberi peluang untuk menyesuaikan diri selama 11 minit di akhir perlawanan.

Dalam perlawanan ini, United dijangka akan menurunkan semula penjaga gol utamanya, David De Gea yang turut mengalami kecederaan.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan