Felda United Kekal Teratas Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 7:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan kelab, Felda United terus mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga Super, dengan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan.

Pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak di Maran, Pahang pada Sabtu malam, menyaksikan Felda United mencatat kemenangan 2-0 ke atas T-Team, dengan dua gol pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu dijaringkan Mohd Hadin Azman pada minit ke-30 dan 76.

Sementara itu, juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Barisan pertahanan skuad Penyu ternyata gagal mengekang asakan jentera serangan JDT, dan S. Chanturu meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-27, sebelum pemain import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz menggandakan jaringan lima minit kemudian.

Kemenangan itu menyaksikan JDT naik satu anak tangga di kedudukan kedua Liga  Super walaupun berkongsi tujuh mata dengan Selangor, dengan kelebihan jumlah jaringan.

Pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka, pula menyaksikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seri 2-2, dengan Pulau Pinang terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan S.Kumaahran seawal minit pertama perlawanan.

PDRM berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 melalui pemain import dari Maldives, Ali Ashfaq, dan gol itu ternyata menaikkan semangat mereka untuk memperoleh gol kedua menerusi seorang lagi pemain import dari Mali, Souleymane Konate pada minit ke-70.

Biarpun ketinggalan, ia tidak mematahkan semangat juang pemain Pulau Pinang dan usaha mereka berhasil apabila pemain import dari Argentina, Matias Jesus Cordoba meledak gol penyamaan pada minit ke-80.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumpas 1-3 kepada Selangor.

Mohd Faisal Abdul Halim menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-12, namun kelebihan itu tidak bertahan lama.

Sebaliknya, pasukan pelawat lebih bertenaga walaupun ketinggalan dan hasilnya pemain import Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh dari Liberia, menyumbat masuk dua gol pada minit ke-35 dan selang sembilan minit kemudian.

R. Gopinathan melengkapkan kemenangan bergaya juara Piala Malaysia 2015 itu apabila menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-66.

Perlawanan antara Perak dan Kedah di Stadium Perak, Ipoh pula berkesudahan seri tanpa jaringan.

Tags / Kata Kunci: Liga Super

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan