Arsenal Intai Bintang Muda Belanda

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 10:25 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL sedang memantau rapi bintang Ajax iaitu Riechedly Bazoer selepas namanya disenarai dalam skuad utama Belanda.

Tidak cukup dengan itu, dia turut digelar 'Vieira Belanda' dan disebut sebagai pemain yang bakal menjadi bintang dunia.

Bazoer, 19, merupakan pemain tengah tinggi lampai yang telah membuat penampilan pertama bersama Belanda dalam perlawanan persahabatan menentang Wales tiga bulan lalu.

Aksi Bazoer dalam saingan liga Belanda turut membuka mata kelab ternama dunia lain untuk turut mendapatkan khidmatnya.

Juventus, Napoli dan Borussia Dortmund antara kelab yang sedang berusaha mendapatkan pemain itu pada musim depan.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Belanda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan