Antonio Conte Semakin Hampir Diumum Jurulatih Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 9:29 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA telah mengadakan pertemuan dengan wakil Antonio Conte di London dengan diketuai oleh Roman Abramovich serta wanita yang menjadi orang kanannya, Marina Granovskaia.

Wanita Rusia yang berkhidmat sebagai penasihat kepada pemilik Chelsea itu sejak 18 tahun lalu merupakan individu yang mengetuai pencarian pengganti Jose Mourinho.

Dia juga dikatakan menjadi inspirasi kepada kepulangan Mourinho pada 2013 dan menguruskan beberapa perbincangan penting.

Conte, 46, menuntut kontrak selama tiga tahun yang bernilai £6 juta semusim dan kelab itu sedia membayarnya.

Dia menjadi pilihan Chelsea selain Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone.

Bagaimanapun proses perbincangan telah diadakan dengan Conte dan Chelsea dijangka menyerahkan kontrak persetujuan awal pada bulan depan.

Dalam persetujuan berkenaan, Conte dilapor akan diberikan sebanyak £150 juta untuk mendapatkan pemain baharu.


Tags / Kata Kunci: Chelsea , Antonio Conte

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan