Vida Labur RM3.8 Juta Dapatkan Siaran Langsung Setiap Perlawanan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 12:11 PM

Vida bersama pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan pemain pasukan itu sambil menggayakan trademark Qu Puteh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bermula malam ini (Jumaat), penyokong Kelantan yang berada di luar negeri pantai timur itu berpeluang menyaksikan perlawanan skuad Kijang menentang Sarawak pada aksi Liga Super secara langsung di stesen televisyen, TV9.

Berita gembira itu adalah hasil inisiatif penaja utamanya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selepas mencapai rundingan dengan Media Prima Berhad (MPB)
untuk mendapatkan hak penyiaran membabitkan pasukan berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM3.8 juta pada malam Khamis.

Bukan sahaja perlawanan Liga Super, penyokong turut berpeluang menonton secara langsung aksi Piala FA pasukan itu yang akan disiarkan di dua stesen televisyen milik MPB iaitu TV3 dan TV9.

Menurut jutawan kosmetik itu, pelaburan besar itu dikeluarkan kerana prihatin dengan keluhan penyokong Kelantan yang tidak berpeluang menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru.

"Saya terima maklum balas daripada penyokong yang kecewa kerana tidak dapat menonton sendiri perlawanan tersebut. Jadi anggaplah ini hadiah saya kepada penyokong dalam usaha mengangkat mutu bola sepak di Kelantan.

"Demi cita-cita yang tinggi terhadap pasukan ini, saya cuba penuhi permintaan penyokong. Saya harap mereka akan terus memberikan sokongan kepada Kelantan," katanya.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata rundingan dengan MPB mengenai hak penyiaran tersebut dimuktamadkan pada malam Khamis dan kontrak akan ditandatangani sekembalinya dari China pada Sabtu.

Vida menyarung jersi PQPTRW.

"Persetujuan sudah dicapai kerana saya sendiri sukakan sesuatu perkara itu diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Insya-Allah penyokong dalam menyaksikan perlawanan menentang Sarawak di TV9 malam ini," katanya.

Beliau berkata pelaburan besar itu bukan sekadar gimik tetapi sebahagian daripada usahanya untuk melakukan transformasi besar-besaran terhadap PQPTRW musim ini selain meningkatkan nilai komersial pasukan tersebut.

"Tidak, ini bukan sekadar gimik. Saya cuba memenuhi permintaan penyokong yang amat sayangkan pasukan ini," katanya.

Malah, usahawan wanita dari Machang itu berkata dengan adanya siaran secara langsung, penyokong dapat melihat sendiri prestasi sebenar pasukan dan tidak hanya membuat penilaian sendiri selepas hanya melihat keputusan selepas perlawanan.

"Dengan cara ini, persepsi negatif penyokong yang hanya melihat keputusan perlawanan sahaja sekiranya Kelantan tewas dapat kita elakkan. Itu yang mahu saya lakukan.

"Saya tak nak ada yang jadi 'keyboard warrior' tanpa melihat sendiri perlawanan tersebut. Ia mungkin memberi tekanan kepada ketua jurulatih dan juga pemain," katanya.

Sebelum ini mStar Online melaporkan Vida membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi memastikan skuad PQPTRW berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini.

Vida berkata pelaburan besar itu membabitkan nilai tajaan RM16 juta terhadap PQPTRW, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta RM1 juta menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Pada 11 Februari lalu, Media Prima diberikan hak penyiaran untuk menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Malaysia untuk tempoh tiga tahun sehingga 2018.

Stesen televisyen itu sudahpun memulakan liputan menyeluruh pada 13 Februari lalu dengan menyiarkan dua perlawanan secara langsung mulai pukul 9 malam.





Tags / Kata Kunci: Datuk Vida , PQPTRW , MPB , hak penyiaran

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan