United Benam Midtjylland, Rashford Cemerlang

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 7:40 AM

Depay menjaringkan gol kelima United pada minit ke-90.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bangkit selepas gawang mereka dibolosi seawal minit ke-27 dengan menewaskan Midtjylland 5-1 pada kelompok 32 pasukan terakhir Liga Europa di Old Trafford, awal pagi Jumaat.

Perlawanan itu turut menyaksikan pemain berusia 18 tahun, Marcus Rashford menjaringkan dua gol untuk United selepas menggantikan Anthony Martial yang tidak beraksi akibat kecederaan hamstring semasa sesi memanaskan badan.

Rashford diangkat sebagai pemain termuda United yang menjaringkan gol pada aksi di peringkat Eropah.

Kali terakhir rekod itu dimiliki George Best yang pada ketika itu berusia 18 tahun membantu United menewaskan Djurgarden 6-1 dalam perlawanan Piala Inter-Cities Fairs Cup pada Oktober 1964.

Bentang pertahanan United kelihatan goyah pada awal permainan apabila Midtjylland menjaringkan gol pertama pada minit ke-27 menerusi jaringan Pione Sisto.

Namun pemain lawan, Nikolay Boudrov memberi kelebihan gol kepada United apabila menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Memasuki babak kedua, United terus bangkit apabila Rashford menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-63 dan 75.

United ibarat mengganas di gelanggang sendiri apabila Ander Herrera menjaringkan gol keempat pada minit ke-88.

Pengurus Louis van Gaal akhirnya menarik nafas lega apabila United melengkapkan gol kelima menerusi Memphis Depay pada minit kecederaan.

Kemenangan itu ternyata menceriakan Van Gaal yang menerima kritikan hebat selepas United bergelut dengan beberapa siri kekalahan sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Liga Europa

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan