Liga Europa: Van Gaal Harap Semua Pemainnya Ada Nafsu

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 10:35 AM

Van Gaal memerhatikan pemain-pemain menjalani latihan ringan menjelang perlawanan bertemu Midtjylland awal pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal mahu pemain-pemainnya 'bernafsu' , lapar dan penuh keazaman untuk menang ke atas FC Midtjylland agar tidak tersingkir dalam saingan Liga Europa awal pagi Jumaat.

Van Gaal yang berterusan dikecam gara-gara aksi hambar United musim ini selepas tewas 2-1 pada pusingan pertama di Herning minggu lalu.

Midtjylland yang kali terakhir beraksi di pentas ini pada tahun 1999 mengakui kemenangan minggu lalu seperti mimpi, dan satu keajaiban jika berjaya menang ke atas bekas juara Eropah tiga kali ini.

Van Gaal pastinya tertekan dengan kunjungan pasukan pelawat ini, lebih-lebih lagi selepas tewas aksi pertama minggu lalu.

Pengurus Belanda itu dijangka akan mengubah apa sahaja formasi untuk berdepan dengan Midtjylland dan menyeru kepada pemain-pemainnya agar memberi fokus sebaiknya.

"Saya bukan pemain yang bagus, seperti yang kamu tahu tetapi apabila bermain, saya akan pamerkan yang terbaik.

"Ia bukan petanda yang baik untuk Manchester United," jelasnya.

Dalam pada itu Van Gaal mengakui selalu menggunakan perkataan 'lapar' dan 'bernafsu' kepada pemain-pemainnya.

"Saya sentiasa berkata kepada pemain-pemain supaya mempunyai semangat, sentiasa lapar, dan bernafsu ketika perlawanan.

"Midtjylland sangat bagus dalam organisasi, sangat teliti dan pemain mereka sendiri ada buktikan sesuatu.

"Mereka memberi tekanan dengan bermain di bahagian penjuru seperti kami, dan bukan semua pasukan menggunakan corak ini.

"Apabila saya melihata data  Midtjylland, mereka sentiasa menang ke atas pasukan Inggeris.

"Semua orang fikir skuad  Midtjylland adalah biasa, tetapi sebenarnya mereka adalah lawan yang berkualiti malah mempunyai banyak kualiti," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Louis van Gaal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan