PSV Ikat Atletico Tanpa Jaringan

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 7:50 AM

Pereiro (kiri) meninggalkan padang selepas menerima kad kuning kedua.

(Ubah saiz teks)

10 pemain PSV Eindhoven berjaya menyekat kemaraan Atletico Madrid apabila kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada aksi kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Penyerang muda PSV, Gaston Pereiro dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil Daniele Orsato kerana melakukan terjahan kasar terhadap Diego Godin pada babak kedua.

Walaupun Atletico mempamerkan persembahan terbaik, PSV berjaya mempertahankan gawang tanpa dibolosi sekali gus meletakkan peluang sama rata untuk mara ke kelompok lapan pasukan terakhir pada perlawanan timbal balik di Vicente Calderon.

Penyerang Atletico Luciano Vietto nyaris meletakkan pasukan lawan di depan menerusi percubaannya tetapi sedikit tersasar.

Fernando Torres diturunkan pada babak kedua tetapi gagal mengubah rentak permainan Atletico di Stadium Philips.

PSV terpaksa beraksi tanpa kelibat Pereiro dalam aksi timbal balik pada 15 Mac ini.

Namun penyerang sensasi pasukan tuan rumah, Luuk de Jong akan kembali memperkuat pasukan selepas digantung pada perlawanan awal pagi Khamis.

Persaingan masih lagi terbuka dan sekiranya PSV menjaringkan gol awal menerusi de Jong, ia akan meletakkan pasukan itu pada kedudukan selesa untuk melangkah ke kelompok lapan pasukan terakhir.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan