Skandal Rasuah: Rayuan Blatter Dan Platini Ditolak FIFA

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 12:41 PM

Blatter (kiri) dan Platini

(Ubah saiz teks)

SEPP Blatter dan Michel Platini gagal dalam rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan dengan hukuman penggantungan ke atas mereka.

Namun kedua-dua bekas individu penting dalam badan induk dunia itu mendapat pengurangan tempoh penggantungan enam tahun daripada 8 tahun yang dikenakan sebelum ini.

Pengurangan itu dibuat oleh selepas mengambil kira faktor sumbangan yang telah dilakukan kepada FIFA, UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah) dan terhadap bola sepak keseluruhannya.

Blatter merupakan bekas presiden FIFA dijatuhkan hukuman gantung pada Disember tahun lalu berkaitan dengan skandal rasuah yang melibatkan £1.3 juta pound (RM7.62  juta) yang dibuat ketika memegang jawatan itu kepada presiden UEFA (Mancini) pada tahun 2011.

Kedua-dua mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti, pengurusan atau lain-lain yang berkaitan dengan bola sepak di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dalam tempoh enam tahun bermula 8 Oktober 2015.

Tags / Kata Kunci: Sepp Blatter , Michel Platini , FIFA , UEFA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan