JDT Berpesta Gol, Benam Ayeyawady United 8-1

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 11:06 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) memberi amaran awal mahu mempertahankan kejuaraan Piala AFC apabila membelasah Ayeyawady United
8-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini pada Rabu malam.

Kapten pasukan Safiq Rahim membuka tirai jaringan seawal minit kelima dan menceriakan seramai 11,560 penyokong tegar yang membanjiri stadium itu sejak
pukul 5 petang tadi.

Namun kelab dari Myanmar itu tidak mudah mengalah dan menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi rembatan padu pemain tengahnya, Thiha Zaw.
Bagaimanapun, JDT kembali mendapat rentak dan tidak mengambil masa lama menambah gol kedua dan ketiga pada minit ke-13 dan 31 menerusi pemain importnya,
Jorge Rolando Pereyra Diaz dan Marcos Antonio.

Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Mario Gomez itu terus mengasak gawang lawan dan berhasil menambahkan jaringan pada minit ke-49 setelah Safiq
berjaya menyempurnakan hantaran daripada Diaz untuk kedudukan 4-1.

Kedudukan itu tampak memberi kesan kepada pasukan pelawat apabila rentak permainan mereka mula goyah.

Tekanan juga semakin terasa apabila Ayeyawady dikejutkan lagi dengan gol kelima dan keenam tuan rumah sumbangan Safiq yang melengkapkan hatriknya dan
Juan Lucero, masing-masing pada minit ke-63 dan 82.

Sebelum perlawanan berakhir, Lucero dan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak sempat menghadiahkan dua lagi gol pada minit ke-87 dan 89, sekali gus menceriakan penyokong mereka.

JDT akan bertemu kelab India, Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava di Bangalore, pada 9 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Piala AFC

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan