Guardiola Tawar Arteta Tugas Kejurulatihan Bersama City

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 10:24 AM

Guardiola berbincang sesuatu dengan Arteta ketika pertemuan antara Arsenal dan Bayern Munich pada Oktober lalu.

(Ubah saiz teks)

MIKEL Arteta akan ditawarkan peranan kejurulatihan oleh Pep Guardiola di Manchester City sekiranya pemain itu memutuskan untuk bersara pada akhir musim ini.

Kontrak Arteta bersama Arsenal akan berakhir pada hujung musim ini dan dia dijangka menerima tawaran bekerja di samping Guardiola yang juga rakan baiknya.

Arteta merupakan pemain yang dilahirkan menerusi akademi Barcelona ketika Guardiola mewakili skuad utama kelab gergasi Sepanyol itu.

Dia turut sudah melengkapkan lesen untuk melatih pemain muda bawah 13 tahun dan 16 tahun.

Susulan itu Guardiola sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Arteta pekerjaan dalam mempersiapkan dirinya untuk mengalas tugas baharu pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Arteta yang kini masih bersama Arsenal melakukan lapan penampilan pada musim ini kerana bergelut dengan kecederaan betis.

Pada Disember lalu, Wenger memberi bayangan akan menawarkan tugas melatih kanak-kanak di akademi Arsenal kepada Arteta.

Namun bekas pemain tengah Barcelona itu mungkin diberi peranan lebih besar oleh Guardiola di City.

"Dia perlu melatih pemain belia terlebih dahulu, tetapi saya tidak menolak dia mungkin akan menjadi seorang jurulatih pada masa depan," kata Wenger.


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan