Willian Ditawarkan Kontrak Baharu

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 9:07 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA menghadiahkan Willian dengan kenaikkan gaji bagi menghargai sumbangan pemain itu yang berusaha memulihkan reputasi kelab tersebut.

Pemain sayap itu antara yang menyerlah sehingga musim ini walaupun Chelsea gagal ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Willian yang menjaringkan 10 gol untuk Chelsea pada musim ini diberikan perghargaan kerana bimbang dia memilih kelab lain untuk musim depan.

Pemain Brazil berusia 27 tahun itu ditawar gaji sebanyak £120,000 seminggu menerusi kontrak selama empat tahun.

Bagaimanapun, tidak mustahil terdapat pasukan lain akan memberi tawaran lebih baik kepada Willian berdasarkan prestasi semasanya.

Tags / Kata Kunci: Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan