Piala FA: Man United Ke Suku Akhir, Tewaskan Shrewsbury Town 3-0

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 7:22 AM

Aksi Chris Smalling sebelum menjaringkan gol pertama buat Manchester United ketika menentang Shrewsburry Town pada perlawanan Piala FA pusingan kelima di Stadium Greenhous Meadow di Shrewsbury, barat England pada awal pagi Selasa. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mara ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Shrewsburry Town dengan 3-0 pada perlawanan berkenaan bagi pusingan kelima, awal pagi Selasa.

Bertempat di Stadium Greenhous Meadow di Shrewsbury, barat England, pasukan di bawah pengurus Louis van Gaal pada awalnya berdepan dengan kesulitan.

Pasukan Red Devils hanya mencatatkan gol pertama pada minit ke-37 menerusi aksi Chris Smalling.

Gol Smalling dengan memanfaatkan umpan tandukan daripada Morgan Schneiderlin.

Sementara itu, Juan Mata bernasib baik apabila mencatatkan skor kepada 2-0 pada penamat separuh masa pertama.

Manchester United kembali dengan penguasaan bola apabila memasuki babak kedua.

Manchester United sekali lagi membolosi gawang Shrewsburry Town pada minit ke-61.

Kali ini menerusi aksi Jesse Lingard yang memanfaatkan umpan Ander Herrera.

Keputusan 3-0 itu membuatkan Manchester United sebagai pasukan tamu mara ke suku akhir Piala FA.

Manchester United akan menentang pasukan West Ham United yang telah menewaskan Blackburn Rovers.

Perlawanan suku akhir Piala FA antara Manchester United dan West Ham United pada 12 Mac ini.








iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan