Kritikan Vida Terhadap Traore Buat Devan Kunci Mulut

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 7:00 AM

K.Devan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Kelantan enggan mengulas mengenai amaran Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman terhadap penyerang import pasukan itu, Dramane Traore.

"Maaf saya tak nak keluarkan apa-apa kenyataan membabitkan Datuk Vida. Saya bertugas sebagai jurulatih pasukan Kelantan dan saya bertanggungjawab kepada Kafa.

"Maaf sekali lagi. Saya tak nak komen atas kenyataan beliau sebagai penaja utama pasukan," kata K.Devan kepada mStar Online pada Isnin.

Sebelum ini, portal berita ini melaporkan Datuk Vida kecewa dengan prestasi hambar Traore yang pernah diangkat sebagai penjaring terbanyak musim lalu kerana masih tercari-cari rentak bersama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Menurut jutawan kosmetik itu, Traore sepatutnya menyesuaikan diri dengan mudah memandangkan dia mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Super bersama PDRM musim lalu.

Susulan itu, Vida memberi kata dua kepada penyerang berusia 33 tahun itu supaya memperbaiki rentak permainannya jika mahu kekal lebih lama bersama skuad kijang tersebut.

Prestasi Traore masih belum di tahap terbaik. - foto ihsan Facebook TRWFC.

Sementara itu, menerusi tinjauan mStar Online dalam laman Facebook rasmi TRWFC, penyokong skuad kijang tersebut memberi reaksi berbeza mengenai prestasi pasukan itu pada tiga perlawanan sebelum ini.

Salah seorang pengguna Facebook, Azim Mimi berkata, masalah utama yang membelenggu pasukan PQPTRW ketika ini adalah tiada keserasian di antara jurulatih dan juga pemain.

"Apa yang berlaku bukan player off form tetapi fenomena di mana pemain dan coach tidak segandingan. Ini pernah berlaku semasa Boeteng, Steve Darby dan Azrai jadi coach," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Nor Salimi mahu penyokong tidak menuding jari kepada Devan di atas prestasi hambar Kelantan.

"Senario meminta orang itu dan orang ini bukanlah satu perkara yang sihat. Pada saya K. Devan masih boleh diberi peluang. Pemain import juga masih boleh diberi peluang cuma kalau nak tukar juga kena tunggu jendela perpindahan dibuka.

"Dengan tiga perlawanan tanpa bolos tanpa kalah, adalah pelik jika nak tukar, ganti dan singkir itu dan ini," katanya.

Pada malam Sabtu lalu, Vida memuat naik paparan skrin kenyataan kecewa kelab penyokong TRWFC berserta gambar bekas ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak  yang seolah-olah memberi gambaran akan berlaku rombakan dalam masa terdekat.

Namun, usahawan dari Machang itu meminta penyokong supaya memberikan peluang kepada Devan untuk membuktikan kredibilitinya.

"Apa anda rasa? Over confidence? Giant vs? Devan? UKM yang agresif? Jangan libatkan Bojan dulu. Kita bincang senario terkini. Ambil iktibar," tulisnya dalam kapysen gambar tersebut.

Dalam tiga perlawanan sebelum ini, Kelantan mencatat dua kemenangan tipis 1-0 masing-masing ketika bertemu PDRM (Liga Super) dan UKM FC (Piala FA) dan keputusan seri 0-0 ketika berkunjung ke Perak (Liga Super).



Tags / Kata Kunci: K.Devan , Kafa , Datuk Vida

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan