Traore Kena Mandi Bunga - Vida

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 7:53 AM

Traore (kanan) diasak pemain KL UMK FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV Sabtu lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Saya letakkan harapan tinggi terhadap Dramane Traore tapi penyudahnya masih belum cukup berbisa. Nampaknya dia kena mandi bunga untuk buang badi tersebut".

Demikian tegas Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman terhadap penyerang import kelahiran Mali itu yang gagal menjelmakan sebarang gol ketika menentang pasukan Liga FAM, UKM FC malam Sabtu.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, beliau amat kecewa dengan prestasi hambar Traore yang pernah diangkat sebagai penjaring terbanyak musim lalu kerana masih tercari-cari rentak bersama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

"Memang benar dia masih mencari keserasian bersama pasukan baharu tapi berapa lama lagi tempoh perlu diambil. Sekarang dah masuk perlawanan ketiga tapi prestasinya belum pada tahap terbaik," katanya kepada mStar Online.

Menurut jutawan kosmetik itu, Traore sepatutnya menyesuaikan diri dengan mudah memandangkan dia mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Super bersama PDRM musim lalu.

Susulan itu, Vida memberi kata dua kepada penyerang berusia 33 tahun itu supaya memperbaiki rentak permainannya jika mahu kekal lebih lama bersama skuad kijang tersebut.

"Traore perlu ambil serius amaran ini jika tidak mahu disingkirkan daripada pasukan. Dia sepatutnya menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya tetapi peluang itu disia-siakan begitu sahaja.

"Ia satu kerugian kepada pasukan kerana apa yang kita harapkan tidak berlaku. Lagipun kita sudah laburkan wang yang banyak untuk mendapatkan khidmatnya," kata Vida.

Sebelum ini mStar Online melaporkan, Kafa akan bertindak tegas terhadap pemain importnya yang gagal menyerlah pada aksi Liga Malaysia 2016. Malah, pemain tersebut akan menerima notis tamat perkhidmatan dan diberikan sejumlah bayaran pampasan tertentu.

Sementara itu, pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu juga mendesak Ketua Jurulatih Kelantan, K. Devan untuk mengubah taktik permainan pasukan yang disifatkan sebagai sudah lapuk dan mudah dibaca pihak lawan.

"Mereka sepatutnya menang dengan gol lebih besar, sekurang-kurangnya lapan gol tapi tak sangka pula hanya satu gol. Saya dah hubungi Devan dan dapatkan penjelasan daripada beliau mengenai aksi hambar pasukan ketika aksi menentang UKM FC," katanya.

Walaupun timbul desakan di kalangan penyokong PQPTRW yang mahu Devan digantikan, Vida berkata beliau mahu memberikan peluang kepada ketua jurulatih tersebut untuk membuktikan kredibilitinya.

"Saya masih sokong dia supaya dikekalkan. Kita tak patut beri tekanan kepada beliau kerana saya percaya dia sudah memberikan yang terbaik kepada pasukan.

"Mungkin dia perlu sedikit masa untuk perbaiki kelemahan pasukan dan meneliti kelebihan pemain di setiap posisi. Kita tunggu dan lihat sahaja persembahan pasukan pada perlawanan akan datang," katanya.

Namun Vida berharap agar Devan menemui ramuan berbisa untuk diterapkan di dalam taktikal pasukan sebelum berdepan Kedah pada pusingan ketiga Piala FA, awal bulan depan.

"Kita tak boleh pandang remeh pihak lawan kerana mereka juara tiga kali Piala FA. Pemain perlu ingat mereka akan beraksi di gelanggang lawan, jadi tekanan itu amat tinggi," katanya.

Pada aksi pusingan kedua Piala FA malam Sabtu lalu, Kelantan sekadar menang tipis 1-0 ke atas  UKM FC. Gol tunggal Kelantan dijaringkan pemain import Baze Ilijoski pada minit ke-83.

Tags / Kata Kunci: Dramane Traore , Datuk Vida , PQPTRW

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan