Cahill Sarung Jersi Hangzhou Enam Bulan

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 10:57 AM

Tim Cahill.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG kebangsaan Australia, Tim Cahill yang disingkirkan Shanghai Shenhua pada minggu lalu menandatangani kontrak jangka masa pendek dengan kelab Liga Super China (CSL) , Hangzhou Greentown.

Hangzhou yang menamatkan saingan CSL di tempat ke-11 tahun lalu dikemudi bekas pemain pertahanan Korea Selatan, Hong Myung-bo.

Menurut Myung-bo, pemain berusia 36 tahun itu akan menyarung jersi Hangzhou selama enam bulan.

"Sebagai pemain import utama di dalam kelab, kami tidak sabar untuk menyaksikan prestasi terbaik Cahill dalam CS.

"Selamat maju jaya Tim Cahill," tulis kelab itu di laman web kelab tersebut pada Isnin.

Cahill yang beraksi selama lapan musim bersama Everton dan tiga tahun di New York Red Bulls merupakan penyerang prolifik dan menjaringkan 11 gol dalam 28 penampilan bersama Shenhua.

Tags / Kata Kunci: Tim Cahill , Hangzhou Greentown

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan