Van Gaal Dipecat Jika United Tewas Kepada Shrewsbury

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 12:15 PM

Kedudukan Van Gaal kini ibarat di hujung tanduk.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United Louis van Gaal akan dipecat sekiranya pasukan itu tewas kepada Shrewsbury pada aksi Piala FA, Isnin ini, lapor Daily Star.

Lembaga pengarah United masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Van Gaal meskipun United mencatat prestasi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Malah, lembaga pengarah Red Devils dikatakan masih memberi peluang kepada Van Gaal untuk mengemudi pasukan itu melayakkan diri pada aksi Liga Juara-Juara musim depan.

Namun, laporan mendakwa dua kekalahan kepada Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris dan FC Midtjylland pada aksi Liga Europa ternyata sukar diterima.

Dakwaan tersebut dikuatkan lagi dengan spekulasi bahawa bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho hampir pasti untuk mengemudi United.

Perkara itu disahkan Pengarah Inter Milan, Bedy Moratti selepas menikmati makan tengah hari bersama Mourinho dan keluarganya di Milan.

Mourinho berada di Itali selepas menerima undangan daripada Bedy untuk menyaksikan perlawanan antara Inter dan Sampdoria malam Sabtu.

Sebelum ini, Mourinho dalam satu temubual bersama La Stampa mengumumkan sudah bersedia untuk kembali bekerja selepas berehat selama dua bulan.

Tags / Kata Kunci: Louis van Gaal , Manchester United

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan