Mourinho Akan Kendali Man United - Bedy Moratti - Bola Sepak | mStar

Mourinho Akan Kendali Man United - Bedy Moratti

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 7:26 AM

Jose Mourinho.

(Ubah saiz teks)

MILAN: Bekas Pengurus Chelsea, Jose Mourinho semakin hampir untuk menjejakkan kaki ke Old Trafford menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United, menurut seorang rakannya pada Ahad.

Pengarah Inter Milan, Bedy Moratti, mendedahkan perkara itu selepas menikmati makan tengah hari bersama Mourinho dan keluarganya di sini.

Kakak kepada bekas Presiden Inter Milan, Massimo Moratti itu memberitahu laman web calciomercato.com mengenai perkara tersebut.

"Kami amat merinduinya sebagai individu di sini tetapi buat masa ini dia gembira, dia akan mengendali Manchester (United)," katanya kepada pemberita.

Malah, Bedy memberitahu Mourinho tidak akan kembali semula bersama Inter Milan.

Mourinho berada di Itali selepas menerima undangan daripada Bedy untuk menyaksikan perlawanan antara Inter dan Sampdoria malam Sabtu.

Sebelum ini, Mourinho dalam satu temubual bersama La Stampa mengumumkan sudah bersedia untuk kembali bekerja selepas berehat selama dua bulan.

Mourinho dipecat oleh Chelsea kerana gagal mengembalikan prestasi pasukan itu pada 17 Disember lalu.

"Buat masa ini, saya menghormati semua jurulatih dan kelab. Saya tidak mencari kelab, tapi kelab-kelab yang mencari saya"," katanya.

Kedudukan pengurus United, Louis van Gaal kini ibarat berada di hujung tanduk selepas anak buahnya tewas FC Midtjylland 2-1 pada aksi Liga Europa, awal pagi Jumaat lalu.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan