Kelantan Hadapi Kesukaran Untuk Dapat Jaringan

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 11:54 AM

Pemain Kelantan, Wan Zack Haikal (dua, kiri) dikawal pemain KL UMK FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kesukaran posisi serangan untuk menjaringkan gol menjadi punca Kelantan sekadar menang tipis ke atas pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur (KL-UKM FC) dalam saingan pusingan kedua piala FA, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam Sabtu.

Ketua Jurulatih Kelantan K. Devan mengakui selain perlawanan pada Sabtu, dua perlawanan lepas, pasukannya mengalami masalah pada posisi penyerang untuk menghasilkan jaringan walaupun terdapat banyak peluang.

"Dua penyerang import iaitu Baze Ilijoski dan Dramane Traore buat masa ini masih lagi mencari rentak dan masih lagi tidak menemui sentuhan penyudah walaupun kita banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

"Mereka (pemain import) masih baharu, masih belum sebulan bersama dan baharu dua atau tiga perlawanan digandingkan bersama, kita perlu berikan masa kepada mereka untuk terapkan corak permainan semasa latihan bagi memberikan keyakinan dan keserasian," katanya kepada pemberita di sini.

Devan berkata Kelantan belum lagi mantap sepenuhnya kerana terdapat beberapa pemain baharu yang masih tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

"Kita masih memerlukan masa bagi membentuk kesefahaman pemain sama ada pada bahagian serangan, pertahanan dan tengah," katanya.

"Kita dapat lihat pada perlawanan malam ini (semalam) Indra Putra Mahyuddin baharu sahaja dapat diturunkan tetapi kita berpuas hati kita dapat menang perlawanan malam ini," katanya.

Pada perlawanan malam Sabtu, Kelantan menang tipis 1-0 ke atas KL-UKM FC hasil jaringan pemain import Baze Ilijoski pada minit ke-83.

Sementara itu, Penolong Jurulatih KL-UKM FC berkata pasukannya berpuas hati walaupun tewas kepada Kelantan pada perlawanan berkenaan kerana pasukannya berjaya memberikan saingan sehingga minit terakhir kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors itu.

"Kita berpuas hati berjaya memberikan tekanan maksimum kepada Kelantan, kerana kita tahu Kelantan antara pasukan terkuat dalam kancah bola sepak Malaysia.

"Perlawanan seumpama itu amat dinantikan oleh kami untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pemain kami sebagai motivasi untuk bersaing dalam liga tersebut," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Piala FA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan