Piala FA: Gandingan Pemain Muda Bantu Perak Benam Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 9:51 AM

Pemain Perak, Ahmad Khairil Anuar berjaya melepasi pemain lawan pada perlawanan Piala FA antara Perak dan Sarawak di Stadium Perak malam Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Gandingan pemain muda dan baharu, Muhd Firdaus Saiyadi dan Ahmad Kharil Anuar merupakan antara kejayaan Perak mara ke pusingan ketiga Piala FA, kata jurulatih Syamsul Mohd Saad.

Beliau berkata kedua-dua pemain itu bukan sahaja berjaya mempamer persembahan hebat, malah berjaya menyumbat dua gol bagi memastikan kemenangan  3-1 Perak ke atas Sarawak dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Perak di sini, malam Sabtu.

Satu lagi gol tuan rumah dijaringkan pemain import dari Brazil, Thiago Juniopr Aquido.

"Saya tampilkan dua pemain muda baharu dari pasukan Piala Presiden iaitu Muhd Firdaus dan Ahmad Kharil kerana saya yakin mereka mempunyai komitmen yang tinggi.

"Saya berharap dengan persembahan pemain baharu yang matang itu dan  kombinasi pemain sedia ada akan membolehkan Perak mendepani cabaran dalam pertemuan akan datang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam Sabtu.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Syamsul berkata kesebelasan utama 'Bos Gaurus' tertekan untuk mendapatkan gol selepas pasukan pelawat berjaya menembusi gawang menerusi J. Partiban pada separuh masa pertama.

"Para pemin bermain dengan cukup baik tapi saya tidak nafikan mereka cukup tertekan untuk mendapatkan gol setelah ketinggalan dalam separuh masa pertama dan saya minta mereka berikan komitmen 100 peratus," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Perak , Piala FA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan