FAM Bakal Serah Jaringan Mohd Faiz Calon Anugerah Puskas

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 8:05 PM

Mohd Faiz (tengah).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akanmengemukakan nama pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA, selepas dia melakukan jaringan 'luar biasa' mirip gol pemain Brazil, Roberto Carlos.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.

"Pencalonan untuk gol terbaik FIFA perlu dibuat persatuan kebangsaan iaitu FAM, dan saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Muhd Amin bahawa FAM akan buat pencalonan untuk gol Mohd Faiz itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program 'Moh Bedil' di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, Sabtu. 

Anugerah Puskas yang diperkenalkan FIFA pada 2009 ialah anugerah untuk gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Sepakan percuma Mohd Faiz itu mengembalikan ingatan peminat bola sepak kepada gol jaringan pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1998.

Gol hasil sepakan percuma itu dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter, melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Selasa lepas.

Dalam perkembangan lain, Khairy mengumumkan perancangan awal kementeriannyauntuk membina rumah mampu milik bagi bekas atlet di Bukit Jalil dalam fasa kedua pembangunan Bandaraya Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City).

Fasa pertama KL Sports City yang dilaksanakan syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menerusi anak syarikatnya, Rukun Juang Sdn Bhd (RJSB),dijangka siap sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

"Mereka yang layak akan ditentukan oleh kementerian serta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)...projek ini (rumah mampu milik) mungkin dilaksanakan dalam masa tiga atau empat tahun akan datang," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohd Faiz Subri , FAM , Puskas , Khairy

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan