Bologna Sekat Rekod Menang 15 Kali Berturut-Turut Juventus

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

REKOD 15 kemenangan berturut-turut Juventus akhirnya disekat Bologna apabila mereka beraksi di padang lawan, Stadium Dall'Ara. Keputusan berakhir dengan skor 0-0.

Dalam perlawanan awal pagi Sabtu itu, Juventus lebih menguasai bola dengan catatat 61.5 peratus berbanding Bologna, 38.5 peratus.

Namun dari segi tendangan ke arah gawang, rekod menunjukkan angka yang hampir sama, iaitu 10 berbanding 8 di mana Bologna lebih banyak membuat serangan balas.

Juventus pada awal babak permainan cuba melakukan serangan menerusi Patrice Evra tetapi gagal. Bologna membalas pada minit ke-21 menerusi tendangan kencang Mattia Destro tetapi mampu ditepis Gianluigi Buffon.


Tidak banyak peluang yang dicipta kedua-dua pasukan di babak pertama, sebaliknya berakhir dengan Juventus dilayangkan dua kad kuning untuk Stefano Sturaro dan Claudio Marchisio.

Pada babak kedua, Juventus kembali menyerang pada minit ke-53 apabila mendapat peluang emas menerusi Paul Pogba yang tendangannya melencong dari sasaran.

Juventus yang ingin memanjangkan rekod kemenangannya cuba memasukkan pemain Paulo Dybala pada minit ke-67. Namun kehebatan barisan pertahanan Bologna menjadikan Dybala sukar memberi kemenangan seperti yang diharapkan pasukannya.
 
Tamat perlawanan, kedua-dua pasukan masing-masing mendapat satu mata. Bagi Juventus, keputusan ini mengakhiri rangkaian kemenangan mereka di angka 15.

Hasil ini sekali gus mengancam kedudukan Juventus yang kini berada di puncak liga. Mereka masih memimpin dengan mata 58 tapi berpotensi disingkirkan Napoli yang hanya ketinggalan dua mata di kedudukan kedua. Napoli baru akan menentang Milan pada Selasa.

Bologna berada di posisi sembilan dengan 34 mata.
Tags / Kata Kunci: SErie A , rekod Juventus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan