Media UK, Brazil, Indonesia Hubungi Jurulatih P. Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 3:14 PM

Tiago (kiri) dan Mohd Faiz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tumpuan luar biasa sejak beberapa hari ini terhadap pasukan Pulau Pinang tidak mengganggu kelancaran skuad bimbingan Jacksen F.Tiago menjalani latihan harian.

Beberapa hari lalu nama  pemain Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri menjadi sebutan seluruh dunia gara-gara sepakan percuma unik yang dilakukan ketika perlawanan Liga Super bertemu Pahang Selasa lalu.

Menurut Tiago, berita mengenai Faiz bukan sahaja rancak dikatakan di media tempatan, malah di seluruh dunia.

"Ramai media dari luar negara seperti United Kingdom, Brazil, Indonesia menghubungi saya bertanyakan mengenai Faiz. 

"Saya berasa bangga dengan perkembangan yang membuktikan pemain kita mampu bersinar dalam bola sepak dunia.

"Apa yang lebih penting, ia telah memberi sesuatu yang positif serta motivasi kepada pemain-pemain lain dalam pasukan ini untuk terus berusaha menunjukkan permainan yang lebih baik.

"Kami sebuah pasukan yang kecil, sebelum ini jarang menjadi perhatian seperti pasukan JDT, tetapi dengan fenomena gol ini, ia sama sekali telah berubah," jelas Tiago ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Mengenai persiapan menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA bertemu Kuantan FA pada Sabtu, Tiago mengakui skuadnya tidak mengambil mudah terhadap bekas juara Liga FAM itu.

"Mereka antara pasukan yang menjadi pilihan dalam Liga Perdana musim ini untuk  mara ke Liga Super musim depan.

"Mereka mempunyai kualiti permainan yang baik seperti hantaran pendek. 

"Setakat ini mereka berjaya mengutip mata penuh dalam saingan liga apabila menumpaskan Sabah 4-1 dan seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.

"Jadi saya harap pemai-pemain tidak leka dan dapat menang pada perlawanan di Stadium Bandaraya esok," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan