Rooney Berehat Dua Bulan Akibat Kecederaan Lutut - Bola Sepak | mStar

Rooney Berehat Dua Bulan Akibat Kecederaan Lutut

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 5:15 PM

Wayne Rooney.

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Manchester United Wayne Rooney terpaksa diketepikan ketika menentang FC Midtjyland pada aksi Liga Europa, awal pagi Khamis akibat kecederaan ligamen lutut.

Rooney berkemungkinan besar mungkin direhatkan selama dua bulan.

Penyerang kebangsaan England itu tidak bersama rakan pasukannya berlepas ke Denmark untuk aksi perlawanan kelompok 32 pasukan terakhir itu.

Pengurus United, Louis Van Gaal menjelaskan ketidakhadiran Rooney semasa sidang media diadakan.

Sky Sports mendakwa Rooney mungkin diketepikan selama enam minggu.

Namun Van Gaal berkata beliau masih belum pasti tempoh sebenar Rooney akan pulih daripada kecederaannya itu.

Jika Rooney direhatkan selama dua bulan, dia akan terlepas 11 perlawanan bersama United dan dua aksi antarabangsa dengan England.

Tempoh kecederaan yang lama itu ternyata akan memberi tamparan hebat kepada Van Gaal dan United yang masih bergelut untuk mencari mata kemenangan.


Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Manchester United
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan