FAM Gantung Tiga Pemain Angkara Tindakan Liar

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 7:30 PM

Mohd Saifulnizam Miswan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman penggantungan terhadap tiga pemain atas kesalahan bertindak liar pada aksi Liga Malaysia 2016.

Ketiga-tiga pemain itu, Mohd Saifulnizam Miswan dari Pahang, Hazwan Fakrullah Mohd Zuridi (Kuantan FA) dan Mohd Hariri Mohd Safii (Negeri Sembilan) menjadi pemain terawal menerima hukuman penggantungan pada musim baharu kali ini.

Jawatankuasa Tatatertib FAM pada Khamis memutuskan untuk mengenakan penggantungan empat perlawanan selain denda RM2,000 kepada Mohd Saifulnizam.

Keputusan itu dibuat selepas pemain itu didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan semasa aksi Liga Super antara Pahang FC dan Terengganu FC II di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 13 Februari lepas.

Susulan itu, pemain pertahanan Pahang itu akan terlepas empat perlawanan meliputi aksi pusingan kedua Piala FA menentang Terengganu FC II, pada Jumaat selain dua aksi Liga Super menentang Selangor (27 Feb) dan Terengganu FA (1 Mac).

Ketiga-tiga perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Mohd Saifulnizam bagaimanapun dilayangkan kad merah ketika Pahang tewas kepada Pulau Pinang 1-4, Selasa lepas.

Sementara itu, Mohd Hariri dan Hazwan Fakrullah pula didenda sebanyak RM1,000 seorang dan masing-masing digantung empat dan dua perlawanan.

Mereka didapati bersalah selepas menyerang antara satu sama lain pada aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 12 Februari lepas.

Menurut FAM, Mohd Hariri tidak dibenarkan beraksi dalam empat perlawanan membabitkan aksi pusingan kedua Piala FA menentang Sungai Ara FC di Stadium Mini USM, Pulau Pinang, Sabtu ini dan perlawanan Liga Perdana menentang Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Abdul Rahman, 26 Februari ini.

Pemain pertahanan Negeri Sembilan itu juga terlepas aksi Liga Perdana menentang Melaka di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 1 Mac ini.

Dia sudah menerima kad merah sewaktu Negeri Sembilan mencatat kemenangan 3-1 ke atas DRB-Hicom FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Proton, Tanjung Malim, 15 Februari lepas.

Hazwan Fakrullah pula digantung perlawanan untuk aksi pusingan kedua Piala FA menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Pemain itu dilayangkan kad merah ketika Kuantan FA mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Sabah di laman sendiri pada 15 Februari lepas.

Dalam pada itu, FAM turut memberi amaran keras kepada ketiga-tiga pemain dengan menegaskan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.







Tags / Kata Kunci: FAM , hukuman penggantungan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan